Tuesday, July 8, 2008

Senario Baru Sukan

Tiger Woods, Lewis Hamilton dan adik beradik Williams, Serena dan Venus, mengubah senario sukan masa ini. Ini adalah antara nama-nama besar yang menjadi buah mulut peminat sukan di seluruh dunia. Apa persamaan antara mereka ? Mereka adalah dari keturunan 'kulit hitam'. Sukan yang dahulunya tidak pernah diceburi oleh 'mereka', apatah lagi untuk menjadi 'ikon' , telah berubah.

Sukan akan mengalami 'paradigm shift'nya seperti bidang-bidang lain di dunia. Yang penting adalah peluang yang diberi. Tiger Woods , Lewis Hamilton dan adik beradik Williams telah membuktikannya. Tidak hairan, jika satu masa nanti ramai lagi nama-nama dari 'mereka' menguasai persada sukan dunia.

Apa signifikan coretan ini kepada atlit rakyat Malaysia? Kita telah diberi peluang, kita tidak ditindas, kita tidak dipinggirkan, malah kita ditatang seperti minyak yang penuh. Tiada alasan untuk kita untuk tidak berjaya dan mengukir nama di dunia.

Ayuh rakyat Malaysia, buktikan ! Jangan biarkan hanya Nicol David, Lee Chong Wei sahaja menjalankan 'fardhu kifayah' tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

Salam Tuan,
Memang selama ini kita tidak ditatang tetapi sikap birokrasi yang wujud akan merencatkan penglibatan dan kemajuan atlit terbabit.
Tak kan Tuan tak tau hal nie.....
Pengalaman Tuan sebagai Timb. Dekan suatu ketika dahulu kan ada macam tu .....
TUan dah lupa kaaa.........