Monday, July 7, 2008

Aku kaya! Akau Kaya! Aku Kaya!

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa pemenang pingat emas di Olimpik akan menerima RM1 juta. Aku kaya! Aku kaya! Aku Kaya! Isu ini hebat di persoalkan, baik di dalam media cetak mahupun di media elekronik. Di parlimen pun isu ini diperbahaskan. Ada yang bersetuju dan ramai juga yang menentang. Berbagai alasan diberi. Yang bersetuju memberi alasan mereka dan yang menentang juga memberi alasan mereka. Semuanya betul, mengikut persepsi masing-masing.

Mengikut teori motivasi yang mudah, memang 'carrot' yang ingin diberi itu mestilah di' gantung' terlebih dahulu. Ini akan memberi semangat kepada si 'arnab' untuk mendapat 'carrot' tersebut. Si 'arnab' akan terus berusaha apabila 'carrot' demi 'carrot' terus di 'gantung' . Apakata apabila 'carrot' dah habis atau 'arnab' dah suka makan 'carrot'? Dia hendakkan yang lebih sedap dari 'carrot'?

Yang pentingnya, sebagai seorang atlit adalah motivasi dalaman (internal motivation). Ada 'carrot' atau 'atau tak ada 'carrot' yang di' buru' tidak penting. Kepuasan diri yang mendorong kepada tindakan kita. Tepuk dada, tanya selera!

Sebagai kerajaan yang bertanggung jawab kepada rakyatnya, habuan yang patut diberikan kepada 'pengharum' nama negara ini patutlah setimpal dengan pengorbanan usaha dan masa yang telah diberikan. Justifikasi pemberian mestilah berbaloi serta tidak pula mengundang cemuhan rakyat. Dalam keadaan ekonomi sekarang, rakyat lebih 'sensitif' kepada apa yang dilakukan oleh kerajaan. Semua yang dilakukan akan di'audit' di dunia dan diakhirat.

Lakukan yang terbaik. Atlit mahupun kerajaan, jalankan tanggungawab anda. 'Auditor' sentisia akan mengaudit anda semua bila-bila masa.

No comments: