Tiger Woods, Lewis Hamilton dan adik beradik Williams, Serena dan Venus, mengubah senario sukan masa ini. Ini adalah antara nama-nama besar yang menjadi buah mulut peminat sukan di seluruh dunia. Apa persamaan antara mereka ? Mereka adalah dari keturunan 'kulit hitam'. Sukan yang dahulunya tidak pernah diceburi oleh 'mereka', apatah lagi untuk menjadi 'ikon' , telah berubah.
Sukan akan mengalami 'paradigm shift'nya seperti bidang-bidang lain di dunia. Yang penting adalah peluang yang diberi. Tiger Woods , Lewis Hamilton dan adik beradik Williams telah membuktikannya. Tidak hairan, jika satu masa nanti ramai lagi nama-nama dari 'mereka' menguasai persada sukan dunia.
Apa signifikan coretan ini kepada atlit rakyat Malaysia? Kita telah diberi peluang, kita tidak ditindas, kita tidak dipinggirkan, malah kita ditatang seperti minyak yang penuh. Tiada alasan untuk kita untuk tidak berjaya dan mengukir nama di dunia.
Ayuh rakyat Malaysia, buktikan ! Jangan biarkan hanya Nicol David, Lee Chong Wei sahaja menjalankan 'fardhu kifayah' tersebut.
Tuesday, July 8, 2008
Monday, July 7, 2008
Aku kaya! Akau Kaya! Aku Kaya!
Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa pemenang pingat emas di Olimpik akan menerima RM1 juta. Aku kaya! Aku kaya! Aku Kaya! Isu ini hebat di persoalkan, baik di dalam media cetak mahupun di media elekronik. Di parlimen pun isu ini diperbahaskan. Ada yang bersetuju dan ramai juga yang menentang. Berbagai alasan diberi. Yang bersetuju memberi alasan mereka dan yang menentang juga memberi alasan mereka. Semuanya betul, mengikut persepsi masing-masing.
Mengikut teori motivasi yang mudah, memang 'carrot' yang ingin diberi itu mestilah di' gantung' terlebih dahulu. Ini akan memberi semangat kepada si 'arnab' untuk mendapat 'carrot' tersebut. Si 'arnab' akan terus berusaha apabila 'carrot' demi 'carrot' terus di 'gantung' . Apakata apabila 'carrot' dah habis atau 'arnab' dah suka makan 'carrot'? Dia hendakkan yang lebih sedap dari 'carrot'?
Yang pentingnya, sebagai seorang atlit adalah motivasi dalaman (internal motivation). Ada 'carrot' atau 'atau tak ada 'carrot' yang di' buru' tidak penting. Kepuasan diri yang mendorong kepada tindakan kita. Tepuk dada, tanya selera!
Sebagai kerajaan yang bertanggung jawab kepada rakyatnya, habuan yang patut diberikan kepada 'pengharum' nama negara ini patutlah setimpal dengan pengorbanan usaha dan masa yang telah diberikan. Justifikasi pemberian mestilah berbaloi serta tidak pula mengundang cemuhan rakyat. Dalam keadaan ekonomi sekarang, rakyat lebih 'sensitif' kepada apa yang dilakukan oleh kerajaan. Semua yang dilakukan akan di'audit' di dunia dan diakhirat.
Lakukan yang terbaik. Atlit mahupun kerajaan, jalankan tanggungawab anda. 'Auditor' sentisia akan mengaudit anda semua bila-bila masa.

Friday, July 4, 2008
Malaysia Boleh!
Euro 2008 telah melabuhkan tirainya. Banyak boleh dari dipelajari dan dicontohi dari kejohanan tersebut. Antaranya , Pertama, jika dahulu saiz badan dijadikan alasan bolasepak kita tidak boleh setanding dengan negara barat, Sepanyol telah membuktikanya bahawa ia tidak benar. Saiz pemain Sepanyol secara puratanya sama dengan pemain kita. Kedua, keazaman untuk menang dalam satu pasukan boleh mengatasi kemahiran individu. Turki telah membuktikan tanpa 'star' dalam pasukan, masih boleh mara keperingkat separuh akhir.
Oleh itu tiada alasan pasukan bolsepak negara kita tidak boleh berjaya. Malaysia Boleh !!!
Oleh itu tiada alasan pasukan bolsepak negara kita tidak boleh berjaya. Malaysia Boleh !!!
Wednesday, June 25, 2008
Hidden Strenght
Euro 2008 telah sampai ke kemuncaknya. Hanya tinggal 4 pasukan bertarung di peringkat separuh akhir bagi menentukan siapa juara. Sebenarnya banyak pengajaran yang dapat dipelajari dan dicontohi dalam edisi Euro 2008 ini. Pemenang masa ini bukan hanya boleh ditentukan oleh kemahiran individu, kepandaian taktikal atau kelicikan strategi.
Dalam era dimana semua pasukan mempunyai kekuatan yang sama rata, satu aspek penting perlu ada dalam pasukan untuk menang adalah semangat juang yang tinggi, tanpa rasa rendah diri dan cepat berputus asa.
Turkey telah membuktikan aspek ini penting dalam Euro 2008. Dilabelkan sebagai pasukan 'kerdil', Turkey berjaya menundukan pasukan 'favourite' . Satu demi satu lawannya tumbang.
Tidak mustahil jika Turkey layak keperlawanan akhir dan muncul juara.
Ayuh Turkey ! Buktikan kemampuanmu.

Thursday, June 19, 2008
Masih Pening
Semalam baru turun dari Cameron Highlands. Pening. Kepala masih pusing-pusing sama seperti jalan yang bengkang bengkok.
Subscribe to:
Posts (Atom)